Contoh Cover Letter Resume Malaysia

(From Aidan Blog, 17 November 2009)

Ini adalah kesinambungan daripada entry saya yang lepas iaitu Cara Memohon Kerja Melalui Email. Diingatkan bahawa entry-entry memohon kerja ini lebih ditujukan kepada masyarakat umum, seperti pelajar-pelajar lepasan SPM, kolej komuniti, politeknik, kolej atau universiti yang tidak berpengalaman langsung mencari kerja. Untuk anda-anda yang hebat lagi graduate oversea dan mencari kerja di syarikat-syarikat ternama, sila baca tips2 yang ditulis oleh Mat-mat Salleh, contohnya di sini dan di sini.

Cover Letter ialah surat yang dihantar sekali bersama resume anda apabila memohon kerja. Menulis cover letter adalah suatu perkara yang mudah. Walau bagaimanapun, menghantar cover letter yang baik adalah sangat penting untuk memberi first impression yang baik kepada bakal majikan.

Pastikan cover letter anda mengandungi bahagian-bahagian berikut:

  1. Kepala surat (letter header) — mengandungi nama, alamat, no. telefon bimbit dan alamat email.
  2. Tajuk — mesti jelas dan lengkap.
  3. Pengenalan — memberitahu tujuan surat, iaitu memohon kerja dan melampirkan resume.
  4. Isi Kandungan I — menceritakan latar belakang anda secara ringkas. Latarbelakang bukan bermaksud sejarah hidup anda (tarikh lahir, kampung asal, jumlah adik-beradik, dsb.) tetapi maklumat-maklumat relevan mengenai jawatan tersebut (latar belakang pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, skil). Pastikan isi kandungan padat dan tidak meleret-leret.
  5. Isi Kandungan II — menceritakan mengenai syarikat tersebut, contohnya mengapa syarikat tersebut sesuai dengan anda, atau mengapa anda merasa kagum terhadap syarikat tersebut. Ini penting untuk menunjukkan bahawa anda sudah menyelidiki syarikat tersebut dengan mendalam sebelum memohon kerja.
  6. Penutup — memberitahu harapan anda untuk dipanggil temuduga. Ucapkan terima kasih.

Berikut merupakan tips-tips yang mungkin membantu:

  1. Ingat bahawa cover letter tidaklah dibaca dengan terperinci oleh majikan. Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkan cover letter (walau bagaimanapun, anda perlu memberi masa yang lama untuk menulis resume). Selagi cover letter tidak mencacatkan permohonan anda, tidak ada masalah.
  2. Ringkas! Jangan melalut dan meleret-leret. Gunakan ayat pendek dan perkataan biasa.
  3. Jika menulis cover letter dalam Bahasa Inggeris, pastikan surat anda bersih daripada kesilapan ejaan dan tatabahasa. Gunakan ayat pendek dan perkataan biasa, bukan yang bombastik.
  4. Gunakan tiga ayat sahaja untuk latarbelakang anda. Perincian mengenai diri anda perlu dimasukkan ke dalam resume, bukan ke dalam cover letter.
  5. Beritahu dari mana anda mendapat tahu mengenai kerja tersebut. Jika anda membalas iklan mencari kerja, pastikan anda meletakkan tajuk jawatan dengan lengkap. Sertakan nombor rujukan jika ada.

Contoh: Cik Fatimah bt. Ali ingin memohon kerja sebagai pembantu akaun di Heng Loong Palm Oil Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengeksport minyak kelapa sawit. Berikut merupakan contoh cover letter yang dihantar oleh Fatimah:

————————————————————

Fatimah Ali
No 73, Jalan Rajawali 3/4, Kampung Rajawali, 51300 Kemaman, Terengganu
fatimah.ali@gmail.com
012 444 5555

17 November 2009

Kepada:
Pengurus Sumber Manusia,
Heng Loong Palm Oil Sdn. Bhd.

Tuan,

PERMOHONAN KERJA SEBAGAI EKSEKUTIF AKAUN (NO. RUJUKAN: AE 4335)

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Berita Harian bertarikh 20 Oktober 2009. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan.

Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di syarikat Leng Hoong Industries Sdn. Bhd. sebagai kerani kanan akaun. Saya telah dinaikkan jawatan daripada kerani akaun pada tahun 2007 di atas prestasi kerja yang cemerlang. Saya merupakan graduan diploma bidang perakaunan dari Kolej Komuniti Jempol.

Saya telah mengikuti perkembangan syarikat tuan sejak dua tahun lalu yang telah berkembang pesat sehingga berjaya menjadi pengeksport utama minyak sawit ke negara China. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Mandarin tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.

Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
/FA/

————————————————————

Untuk bahasa Inggeris (terjemahan bahagian isi surat sahaja):

————————————————————

The above matter refers. I am writing to apply for the said position. I learned about the vacancy from the classified ads section in Berita Harian dated 20 October 2009. I attach a copy of my resume.

For your information, I have worked as senior accounts clerk for three years at Leng Hoong Industries Sdn. Bhd. I was promoted from accounts clerk in 2007 in recognition of my outstanding job performance. I am a graduate of Kolej Komuniti Jempol.

I have followed the development of your company for two years, until your success today as a major exporter of palm oil to China. My ability to speak English and Mandarin would help me to discharge my duties better. I am a fast learner and a team player.

I hope my application will be considered favorably, and I look forward to an interview. Thanks in advance.

————————————————————
(NB: You should write a much better English letter if you are applying for executive or professional jobs at large corporations/MNCs, but the above letter written in simple Manglish should be sufficient for the general public. – S)

Akan datang: Cara menulis resume.

Like this:

LikeLoading...

Related

This entry was posted on Tuesday, November 17th, 2009 at 11:05 pm and is filed under Business, Education. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Mencari pekerjaan adalah satu perkara yang akan dilalui oleh hampir setiap orang pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Seringkali ini berlaku tatkala kita baru selesai pengajian dan tidak mempunyai pengalaman dalam mencari perkerjaan. Antara cara-cara untuk mencari pekerjaan adalah dengan melihat iklan di akhbar (seksyen klassified) atau dengan melayari laman-laman pekerjaan seperti jobstreet.com, jobsDB.com dan sebagainya.

Dalam mencari pekerjaan, perkara yang pertama yang memberikan bakal majikan gambaran yang positif atau sebaliknya mengenai kita adalah melalui surat permohonan kerja (cover letter) dan resume. Sebaiknya surat pemohonan kerja ini disesuaikan dengan jawatan dan syarikat yang dipohon. Ini dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk disenaraikan antara mereka yang dipanggil untuk temu ramah. Elakkan dari menghantar surat permohonan kerja dan resume yang umum dan menghantar surat permohonan jawatan dan resume yang sama bagi semua jawatan.  

Cover letter / surat permohonan kerja  adalah peluang anda "memasarkan" diri anda kepada majikan. Pastikan anda tekankan kemahiran dan sikap anda yang kritikal bagi jawatan yang dipohon. Contohnya apabila memohon bagi jawatan pegawai pemasaran, anda boleh menekankan bahawa anda adalah seorang yang ceria, peramah dan senang berinteraksi dengan pelbagai pihak. Anda juga memiliki lesen motor / kereta yang memudahkan anda keluar bertemu dengan pelanggan. Apabila memohon jawatan sebagai pegawai akaun pula, anda perlu tekankan sikap anda yang teliti, selesa bekerja dengan angka dan boleh bekerja secara berdikari. Jika memohon pekerjaan sebagai guru tadika pula, tekankan bahawa anda adalah seorang yang senang berinteraksi dengan kanak-kanak, penyayang, penyabar dan suka memperkenalkan perkara-perkara baru kepada kanak-kanak.

Di bawah ini adalah contoh cover letter bagi jawatan pegawai akaun.


Nur Islam

No 2 Jalan Anggerik

123456 Kuala Lumpur

Malaysia 

nurislam@email.com

+60123456789

1 Januari 2012

Puan Rohayah; Pengurus Sumber Manusia, 

ABC Networks,

123 Jalan Indah,

#28-01, ABC Towers,

60000 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Puan Rohayah,

PERMOHONAN KERJA SEBAGAI PEGAWAI EKSEKUTIF AKAUN (NO. RUJUKAN A123456)

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memohon jawatan Pegawai Eksekutif Akaun di syarikat Puan seperti yang tersiar di dalam iklan akhbar Berita Malaysia pada Isnin, 29 Disember 2011.  Bersama ini saya lampirkan resume saya untuk dipertimbangkan.

Untuk makluman Puan, saya kini sedang bertugas sebagai Ketua Kerani Akaun; Pemiutang dan Penghutang di sebuah syarikat hartanah dan sudah menjawat jawatan ini selama 1 tahun. Pengalaman saya ini telah melengkapkan saya dengan kemahiran-kemahiran yang kritikal sebagai Pegawai Eksekutif Akaun iaitu cara bekerja yang tulus, minda yang kritikal dan mampu mengendali tekanan apabila berhadapan dengan keterbatasan waktu. Saya juga adalah seorang yang  mampu bekerja secara berdikari dan senang berinteraksi dengan pelbagai pihak.  

Saya boleh dihubungi di +60123456789 bagi sebarang perjelasan jika pihak Puan memerlukan butiran lebih lanjut. Saya berharap agar dapat menyumbangkan khidmat saya di syarikat Puan. Segala pertimbangan pihak Puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. 

Yang Benar, 

Nur Islam

Baca post saya mengenai contoh resume di sini.


Versi Bahasa Inggeris:

Nur Islam

No 2 Jalan Anggerik

123456 Kuala Lumpur

Malaysia 

nurislam@email.com

+60123456789

1 Januari 2012

Mdm Rohayah; Human Resource Manager, 

ABC Networks,

123 Jalan Indah,

#28-01, ABC Towers,

60000 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Dear Mdm Rohayah,

APPLICATION FOR THE POSITION OF ACCOUNTS EXECUTIVE (REF NO. A123456)

With reference to the above, I would like to apply for the position of Accounts Executive as advertised by your company in Berita Malaysia's classifieds dated 29 December 2011.Attached is my resume for your perusal. 

For your information, I am currently working as an Accounts Clerk - Lead; A/P & A/R in a real estate company and have occupied this position for 1 year now. My experience in this position has equipped me with skills critical to the position of an Accounts Executive, namely being meticulous, having a critical mind and ability to handle pressure when faced with a deadline. I am also by nature an independent person who is also able to interact with people at different levels.  

I am available at  +60123456789 for further clarification should you require more details. Thank you for your kind consideration and I hope that I am able to contribute to your esteemed organization.

Sincerely, 

Nur Islam




You May Also Like:


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *